Followers

Thursday, December 1, 2011

BeRiTa TeRGeMPaR!!!!!!!!!>>jalan pintas port maksiat....fuyooo....


JELAI – Keadaan jalan pintas menghubungkan antara penempatan Blok 7 Jelai 2 ke Pejabat Felda Jelai 2 yang tidak diselenggarakan dan dipenuhi semak samun didakwa menjadi port maksiat.


Ketua Pergerakan Pemuda Umno Jelai 2 Impian, Norhaire Hasan berkata, laluan pintas itu hanya digunakan oleh penduduk yang mengetahui kewujudannya kerana jaraknya lebih dekat berbanding laluan biasa yang tiga kali ganda lebih jauh.


Bagaimanapun menurutnya, susulan laluan itu tidak diselenggarakan dengan baik dan semak samun memenuhi laluan, ia menjadi port paling strategik individu tidak bertanggungjawab termasuk kaki botol untuk melepaskan ketagihan mereka.


“Oleh itu, kita sepakat untuk mengambil tindakan sendiri dengan bergotong-royong membersihkan laluan ini bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat yang diketuai Pegawai Penyelaras Kemas Dun Gemas, Mujahir Termiji.


“Bayangkan, sempena gotong-royong ini, banyak botol-botol arak dijumpai dan dikumpulkan untuk dibuang. Sekiranya, dihitung tidak kurang daripada empat guni atau hampir 300 botol kosong arak dijumpai,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada program Khidmat Masyarakat, dekat sini.


Norhaire berkata, diharap pihak bertanggungjawab sama ada Felda, Jawatankuasa Kemajuan Kawasan Ran­cangan, mahupun Selia Selenggara dapat mengambil perhatian serius mengenai isu itu supaya jalan pintas tersebut dapat dibersihkan.


Katanya, sekiranya dibiarkan, masyarakat setempat gusar kerana lebih banyak lagi masalah sosial yang tidak diingini akan berlaku seperti menjadi tempat memadu asmara bagi pasangan muda.


“Kita harap isu ini akan diberikan perhatian serius dan bagi masyarakat setempat pula, diharap mereka juga memainkan peranan masing-masing dengan memberikan teguran serta nasihat sekiranya terserempak dengan kejadian tidak bermoral di laluan ini.


“Namun, perkara utamanya, kita yakin sekiranya laluan ini diselenggarakan dengan baik, ianya mampu mengurangkan risiko menjadi lo­kasi kegiatan tidak bermoral,” katanya.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...