Followers

Wednesday, October 3, 2012

PMR is coming soon..

Assalamualaikum..
Dan salam sejahtera buat pembaca-pembaca blog admin..
Memandangkan sudah hampir dengan peperiksaan PMR yg hampir dekat..
yang hanaya tinggal beberapa hari sahaja lagi..
Admin juga bakal menduduki peperiksaan PMR tersebut..
Adakah anda sudah bersedia untuk menghadapi peperangan tersebut..
Sudahkah anda mereancang kemana hala tuju anda selepas PMR..
Disini admin ade menyediakan beberapa link untuk anda merujuk kemana hala tuju anda selepas PMR..

--> http://apps.moe.gov.my/esptv/2011/

-->http://apps.moe.gov.my/esptv/2011/SenaraiSekolah2012.pdf\

-->http://bptv.edu.my/web/index.php?option=com_weblinks&view=categories&Itemid=329&lang=bm

-->Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Sekolah Menengah Teknik/Vokasional yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5154 / 5031 atau e-mel info@bptv.edu.my

Baca di: http://eputra.com/permohonan-sekolah-menengah-teknik-dan-vokasional-2012/#ixzz28DhTDx4f
Under Creative Commons License: Attribution

Monday, October 1, 2012

Assalamualaikum..



Assalamualaikum wahai follower blog admin.
Ape khabar semua..
Harini admin tak nak cakap banyak2 la kan..
Admin cuma nak mintak maaf sebab dh lame tk postkan entry2 baru..
Maklumlah admin ade exam besar tak lame lagi..
Admin cuma nak mintak maaf kalau ade post2 admin yang buat korang terasa ke atau ape2..
Admin mintak sangt2 korang doa kan admin...
Lagi beberape hari admin dh nak PMR..
Doa kan admin dapat 8A ye..

~Admin Aiman~

Tuesday, July 10, 2012

Gempar! Penemuan Planet Yang Lebih Panas Daripada Matahari

Ahli astronomi yang terlibat dalam projek Super Wide Angle Search for Planets (SuperWASP) telah berjaya menemui planet terpanas yang dikenali sebagai WASP-33 b. Suhu planet tersebut mencapai 3,200 darjah Celcius, lebih panas daripada suhu beberapa bintang.

matahari




Salah satu sebab yang menyebabkan panasnya suhu planet itu adalah suhu bintang induknya yang juga panas. Ahli astronomi mengatakan, suhu bintang induk planet itu adalah setinggi 7,160 darjah Celsius, lebih tinggi daripada suhu matahari yang “hanya” 5,600 darjah Celsius. Jarak antara planet ini dengan bintangnya juga hanya 7 peratus jarak planet Mercury ke Matahari.


Kewujudan planet itu telah diketahui sejak tahun 2006 yang lalu namun baru dapat dipastikan pada tahun 2010. Dikatakan, planet tersebut tergolong dalam sejenis planet gas dengan kapasiti kurang dari 4.1 kali kapasiti Jupiter.

Kajian tentang planet ini diketuai oleh Alexis Smith dari Universiti Keele di Stafordshire, England. Berdasarkan kajian, ahli astronomi juga mengetahui bahawa waktu peredaran planet ini sangat singkat, iaitu hanya 29.5 jam.

Drake Demming dari Goddard Space Flight Center NASA di Greenbelt, Maryland yang tidak terlibat dalam penyelidikan ini mengatakan, “WASP-33 b boleh membantu ahli astronomi mengkaji planet panas yang ciri-cirinya masih lagi misteri.”

Hal yang boleh dipelajari misalnya ada planet yang berorbit dekat dengan bintangnya yang memiliki lapisan atmosfera luar lebih sejuk dari lapisan dalamnya. Ini mengejutkan kerana planet tersebut seperti “dipanaskan” dari luar.

Deming mengatakan, fakta itu ada kaitan dengan wujudnya keadaan asas karbon yang mengubah cara atmosfera memberi respons kepada radiasi. Keadaan kimia tertentu boleh terbentuk akibat sinar ultraviolet dari bintangnya.

“Ini pasti akan menjadi planet yang ingin anda lihat. Ini adalah peluang yang sangat baik untuk kita mengkaji planet yang mengorbit pada bintang yang terlalu panas,” ucap Deming dalam sebuah sesi wawancara dengan majalah New Scientist.

Hukum Hisap Shisha?

Dewasa kini, ramai anak-anak muda yang suka mengisap shisha tidak kira lelaki atau perempuan, ini kerana untuk mendapatkan bekalan shisha tidaklah serumit dulu dan boleh dikatakan kebanyakkan restoran mamak yang beroperasi 24 jam menyediakan perkhidmatan untuk menghisap shisha ni..

Untuk yang tidak tahu, perkataan shisha berasal daripada bahasa arab iaitu sejenis waterpipe yang berperisa buah-buahan.. banyak perisa ada.. ekeke



Tapi tahukah korang apa hukum menghisap shisa ni? haa, ada orang pernah tanya kat Ustaz Azhar Idrus.. check it out~ Dipetik dari fanpage Koleksi Printscreen Ustaz Azhar Idrus

haa.. dah terang lagi bersuluh kan.. :)

Saturday, July 7, 2012

Aurat dan Pakaian Wanita: Satu Analisa Ke Atas Artikel “Memahami Aurat Wanita” karangan Zainudin Idris.



Dalam sebuah hadisnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda:
 
الْمَرْأَةُ عَوْرَةٌ فَإِذَا خَرَجَتْ اسْتَشْرَفَهَا الشَّيْطَانُ.
 
“Wanita adalah aurat, apabila dia keluar maka syaitan menghias-hiaskannya (untuk menarik perhatian lelaki).”
 
Hadis ini diriwayatkan oleh al-Imam al-Tirmizi rahimahullah (279H) dan ia disahihkan oleh Syaikh Nashr al-Din al-Albani. [Shahih Sunan al-Tirmizi (Maktabah al-Ma‘arif, Riyadh 2000) – hadis no: 1173] Hadis di atas memperjelaskan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
 
 “Dan janganlah mereka (kaum wanita) memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.” [Surah al-Nur 24:31]
 
Antara hukum yang dapat diambil daripada hadis dan ayat di atas adalah pemutlakan wanita sebagai aurat yang dengan itu dia wajib melindungi dirinya daripada dilihat oleh orang lain. Hukum ini merupakan kesepakatan umat Islam dari dahulu hingga kini. Akan tetapi mereka berbeza pendapat apakah anggota yang dimaksudkan dengan firman Allah:“kecuali yang zahir daripadanya”. Sebahagian ilmuan berpendapat ia adalah muka dan telapak tangan. Sebahagian lagi berpendapat ia adalah muka, telapak tangan dan telapak kaki. Sebahagian lagi berpendapat ia adalah bentuk badan wanita di mana sekalipun telah berpakaian yang menutup seluruh tubuh, secara zahir dia tetap dapat dikenali sebagai seorang wanita. Maka pengenalan berdasarkan zahir bentuk badan adalah sesuatu yang tidak dapat dielak, lalu dia tidak dihukum kerananya. Walauapa pun antara tiga pendapat ini, wilayah perbezaan ini adalah amat kecil dan ia tidak mencemari kesepakatan umat tentang batas aurat dan pakaian para muslimah.
 
Pada bulan Febuari yang lepas umat Islam Malaysia dikejutkan oleh sebuah artikel berjudul Memahami Aurat Wanita yang dimuatkan dalam majalah al-Islam dan akhbarMingguan Malaysia (15 Feb 2004). Artikel tersebut dipilih oleh Astora Jabat dan beliau mendakwa ia asalnya ditulis oleh seorang yang bernama Zainudin Idris. Artikel tersebut turut mendapat perhatian penulis. Ringkasnya ia mendakwa bahawa aurat yang wajib ditutup oleh kaum wanita mengikut syari‘at Islam hanyalah kemaluan depan dan belakangnya. Bahkan beliau menulis: “Jika terbuka buah dada dan belakang sekalipun dikirakan sembahyang mereka sah, apakah lagi di luar sembahyang.”
 
Sejauh mana kebenaran artikel tersebut? Penulis tertarik untuk mengkaji dan menganalisanya. Artikel ini – alhamdulillah – adalah hasil kajian dan analisa penulis sekadar mampu. Sebelum ini penulis telah mengarang artikel seumpama dalam bentuk yang lebih ringkas dan dihantar ke beberapa forum di internet. Artikel tersebut telah berkembang luas dengan beberapa tambahan daripada orang lain, alhamdulillah.
 
Dalam mengusahakan artikel ini, ingin ditekankan bahawa yang menjadi tumpuan penulis ialah dalil dan metode perbahasan Zainudin Idris dan bukan peribadi beliau. Pendek kata bukan siapa yang menulis tetapi apa yang ditulisnya. Oleh itu metode perbahasan penulis dalam artikel ini ialah:
Mengemukakan (copy and paste) artikel Memahami Aurat Wanita oleh Zainudin Idris daripada laman Utusan Online bertarikh 15 Febuari 2004. Ini bertujuan memudahkan para pembaca yang tidak sempat membaca artikel tersebut sebelum ini. Kemudian penulis memberi nombor bagi setiap perenggan kerana analisa penulis ke atas artikel tersebut adalah berdasarkan perenggan demi perenggan.
Menukil seperenggan demi seperenggan daripada artikel Memahami Aurat Wanitadengan setiap nukilan disebut nombor perenggannya. Misalnya: “Disebut dalam perenggan pertama.”
Kemudian diikuti dengan analisa penulis, didahului dengan “Analisa.”
 
Walau pun penulis cuba untuk tidak mengkritik peribadi saudara Zainudin Idris, beberapa soalan tetap perlu difikirkan tentang siapakah “Zainudin Idris” pada asalnya. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan persoalan ini menjadi penting:
Siapakah Zainudin Idris? Identiti Zainudin Idris tidak dikenali dalam dunia penulisan berhubung dengan isu keagamaan di negara ini. Menurut Astora Jabat dalam ruanganE-Mail Pembaca bertarikh 22 Februari 2004, Zainudin Idris adalah seorang guru yang mempunyai sekolah pondok sendiri di Kelantan. Benarkah demikian kerana sehingga kini kita tidak mengetahui kewujudan sebuah sekolah pondok yang mana anak-anak muridnya hanya berpakaian menutup kemaluan depan dan belakang sahaja.
Dalam ruangan Respons Pembaca edisi Al-Islam bulan April 2004, mukasurat 82, Astora Jabat telah meminta agar Zainudin Idris tampil kehadapan bagi membuktikan bahawa beliau adalah penulis asal artikel Memahami Aurat Wanita. Malah Astora sendiri mencadangkan agar Zainudin Idris mengemukakan gambar photonya atau membenarkan jurugambar Al Islam mengambil gambar beliau. Sehingga ke tarikh penulis (Hafiz Firdaus) mengarang artikel ini (15 Jun 2004), permintaan Astora Jabat di atas masih belum dikabulkan oleh Zainudin Idris. Semua ini mengarah kepada satu pertanyaan - Adakah “Zainudin Idris” benar-benar wujud?
Dua soalan pertama di atas mengarah kepada soalan ketiga, iaitu wujudkah kemungkinan bahawa ”Zainudin Idris” hanyalah nama samaran (nama pena) manakala orang sebenar di belakang nama tersebut ialah Astora Jabat sendiri? Dalam pelbagai forum perbincangan di alam maya (internet), majoriti berpendapat bahawa orang sebenar di belakang nama “Zainudin Idris” ialah Astora Jabat. Pendapat ini didasarkan kepada pelbagai kesamaan dalam metode perbahasan antara Astora Jabatdan Zainudin Idris. Dikatakan strategi Astora menggunakan nama “Zainudin” adalah untuk mengalih tumpuan pembaca dan menyelamatkan dirinya daripada dikritik hasil daripada artikel-artikel yang bakal dikemukakan.
Tiga persoalan di atas penulis serahkan kepada para pembaca untuk dianalisa dan dicarijawapannya. Sepertimana yang disebut sebelum ini, tumpuan penulis di sini ialah menganalisa dalil dan metode perbahasan pengarang artikel Memahami Aurat Wanita tanpa mengambil kira sama ada ia ditulis oleh saudara Zainudin Idris atau siapa jua. Berikut dikemukakan artikel Memahami Aurat Wanita oleh saudara Zainudin Idris.
 

Siapa Kata Tak Boleh Bercinta?

Cinta adalah fitrah yang lahir dari lubuk hati setiap manusia. Setiap manusia memiliki fitrah untuk mencintai dan dicintai, tapi cinta itu hendaklah dibina atas dasar keimanan agar ia tidak akan menjadi fitnah.
Sering kita dengar bahawa cinta antara lelaki dan perempuan ajnabi itu akan halal selepas selesainya akad nikah. Ramai yang mengakuinya, namun ramai juga yang tidak mengendahkannya.
Perasaan cinta itu tidak salah kerana ia adalah anugerah Allah. Kita hendaklah memeliharanya daripada menjadi fitnah duniawi. Tanpa kita sedari kehadirannya akan membawa wabak yang agak susah untuk dipadam kalau tidak berjaga-jaga dari awal.
Cinta itu perlulah disalurkan di tempat yang sepatutnya agar kita tidak dilabelkan zalim yakni meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Cinta itu begitu indah apabila dihayati dengan aturan Islam.
Diri ini sering tertanya-tanya, adakah dengan ber'couple' itu lengkaplah kebahagiaan kehidupan ini? Persoalan ini timbul apabila melihat ramai kawan-kawan terdekat ber'couple'.
Benarkah cinta itu wujud apabila kita mempunyai pasangan kekasih yang selalu bertanya khabar, ber-sms, ber'chat'ing di Facebook, atau berjumpa ('dating') berdua-duaan untuk melepaskan rindu dan bergayut di telefon? Ke manakah hala tuju perhubungan itu? Adakah ia direstui keluarga atau, persoalan yang lebih besar, adakah perhubungan itu diredhai Allah? Adakah ini semua dinamakan cinta?
Persoalan ini sering berlegar di mindaku tanpa ada noktah jawapannya. Astgahfirullahalazim, bermuhasabahlah teman-teman, moga diri kita tidak tergolong dalam kalangan hamba yang lalai dengan cinta duniawi ini.
Berdasarkan pemerhatian, aku sering melihat dan mendengar pelbagai karenah rakan-rakan yang ber'couple' ini. Sebagai contoh, mereka menghabiskan banyak masa bersama si dia dan mendengar janji-janji manisnya yang disampaikan dengan suara yang sengaja dilunakkan serta dilembutkan. Bukankah suara itu juga sebahagian daripada aurat kita?
Allah SWT berfirman,
"...Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)."
(Surah al-Ahzaab, ayat 32)
Mengapa perlu diucap perkataan sayang, cinta dan rindu kepada yang bukan halal bagi kita? Simpanlah kata-kata manismu untuk si dia yang halal bagimu dan bukan kepada yang membawa kamu ke jalan kemaksiatan.
Apabila ditanyakan persoalan tentang perkahwinan, selalunya mereka yang ber'couple' terdiam sepi kerana tiada jawapan. Bukankah lebih elok jika dipercepatkan perkahwinan? Rasulullah SAW bersabda: "Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya." (Hadis Riwayat Tirmidzi)
Benarkah apabila selalu keluar bersama, kita dapat mengenali pasangan dengan lebih baik atau sekadar untuk mendapatkan perhatian dan keseronokan dunia? Ataupun untuk dijadikan tempat mengadu segala masalah? Bukankah Allah itu tempat terbaik untuk berbicara dari hati ke hati? Ayat-ayat cintaNya itulah penawar duka lara kita ketika susah senang dan dapat mententeramkan hati kita.
Allah SWT berfirman,
"...Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu hati akan tenang."
(Surah ar-Raad, ayat 28)
Kadang-kadang terdengar ramai lelaki mengatakan perempuan yang tidak melayan ajakan maksiat mereka itu sombong. Kenapa boleh berkata begitu? Apabila si perempuan tidak membalas teguran dan ajakan untuk 'berkenalan', itu bukannya sombong, tapi itu adalah untuk menjaga diri.
Sedarlah lelaki di luar sana, jika anda mahu ibu kepada anak-anak anda baik, maka jadikanlah diri anda baik dahulu. Jika anda ingin dihormati, hormatilah pasangan yang bakal anda nikahi terlebih dahulu.
Hal ini bertepatan dengan firman Allah yang sering kita dengari yang bermaksud,
"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)."
(Surah an-Nur, ayat 26)
Hatiku lagi pedih apabila terpandang atau memandang rakan-rakan yang betudung labuh litup, malah ada juga yang sebilangannya berpudah tapi malangnya mengambil istilah 'couple islamik'.
Benarkah 'couple islamik' itu wujud? Bukankah 'couple' itu haram kerana mereka yang ber'couple' menjalinkan kasih sayang dengan bukan mahramnya tanpa ikatan yang halal? Bukankah mereka lebih berpengetahuan agama dan lebih mengerti akan perkara ini?
Sedarlah wahai teman, itu hanyalah sandiwara syaitan yang ingin mempermainkan dirimu. Perbuatanmu itu boleh merosakkan nama baik muslimah yang lain; yang benar-benar menutup auratnya untuk menuju redha Ilahi. Bak kata pepatah Melayu, "Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga."
Kenapa perlu ada 'couple'? Kenapa ia menjadi satu trend? Adakah disebabkan pengaruh rakan sebaya? Banyak kata-kata cinta dikongsi bersama di Facebook, tetapi sejauh manakah ia memberi kesan kepada hati kita? Dengan bicara kata-kata indah dan puisi yang begitu cantik susunan bahasanya, bolehkan ia memberi kesan dan menjadi pengajaran serta peringatan untuk diri sendiri?
Ingatlah, hanya dengan mengingatiNya hati kita akan menjadi tenang. Kita sering mendambakan kata-kata yang indah, lupakah kita ayat-ayat dariNya begitu indah bila kita mentadaburkan maknanya dan mengamalkan apa yang disuruh serta meninggalkan apa yang dilarang?
Penting sangatkah ber'couple'? Kenapa ia boleh berlaku? Adakah kerana hati kita kosong? Sedarkah teman-teman termasuk diri ini, mengapa kadang-kadang hati kita merasa kosong? Bila hati rasa tidak tenang, bermuhasabahlah, fikir balik adakah kita sudah selesaikan tanggungjawab kepada Tuhan? Bila rasa susah hati, tanya pada diri adakah kita ada berhutang dengan sesiapa di luar sana? Bila hati terasa sedih, fikir balik pengorbanan apa yang kita tidak pernah buat dan apa pengorbanan orang lain terhadap kita.
Cara untuk mendapat ketenangan hati bukannya dengan mengadu kepada 'couple' kita, tapi dengan mengadu kepada Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Berkuasa, kekasih hati yang hakiki.
Kita hendaklah sentiasa berdoa untuk orang lain (bukan hanya berdoa untuk diri sendiri sahaja). Melalui doalah hubungan kita dengan Allah akan menjadi lebih baik. Doa juga menjadi peringatan untuk diri sendiri supaya menjauhi kemungkaran di dunia ini untuk mendapat syurgaNya di sana. Cinta suci yang seharusnya kita garapkan dahulu ialah cinta kepada Allah, Rasulullah dan kedua ibu bapa.
Oleh itu jagalah maruah diri, dan yang utama, jagalah hati. Berhati-hatilah dengan hatimu kerana dirimu begitu berharga pada pandangan Allah, bukan pada pandangan si dia. Cinta Allah terlalu Agung berbanding cinta si dia yang boleh hilang dan meninggalkan dirimu pada bila-bila masa sahaja. Cinta Allah kekal selamanya sampai ke syurga.
Yakinlah dengan janjiNya untuk pertemuan dengan si halal bagi menyempurnakan kasih sayang di muka bumi ini. Masa dan waktu menentukan segalanya berserta doa yang sering dipanjatkan kepadaNya. Jagalah cinta kalian untuk yang halal sahaja. Insya-Allah, masa itu akan tiba. Bersabarlah teman dan jangan penat memperbaiki diri serta mencari ilmu rumah tangga yang bakal ditempuhi.
Setiap permasalahan 'couple' itu ada penyelesaiannya iaitu bernikah. Jadilah contoh yang terbaik dalam mengikuti sunnah Rasulullah dengan membina ikatan pernikahan. Percintaan selepas perkahwinan itu adalah salah satu jalannya. Maka, jagalah diri, jagalah hati dan jagalah iman kita. InsyaAllah, dipermudahkan segala urusan.

Wednesday, February 29, 2012

Kitab Injil Berusia 1,500 tahun ditemui


ANKARA – Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.
Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.

Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.
Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.

Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.

Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John. Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.

Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).

Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.
Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).

Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa. – Agensi

Monday, February 6, 2012

Laut Bergelora Berubah Tenang Apabila Terima Abu Al-Quran




TERTIB...kakitangan Jabatan Mufti Perak melupuskan abu pembakaran Al-Quran. Gambar kecil, Pengurus Syarikat Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan menunjukkan bongkah abu untuk dilupuskan.
LUMUT: Abu pembakaran puluhan ribu naskhah al-Quran seberat satu setengah tan yang dibuang ke laut berhampiran Pulau Sembilan di sini, pagi semalam, mempunyai warna kelabu walaupun dibakar yang dianggap pelik dan jauh berbeza berbanding kertas biasa yang menjadi hitam apabila dibakar.
Kejadian itu disaksikan lebih 30 ahli rombongan diketuai Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika melakukan proses melupuskan abu al-Quran di sekitar perairan pulau berkenaan yang pertama kali dilakukan di kawasan laut dalam.
Abu al-Quran yang dibakar itu dikumpul Syarikat Percetakan Saufi di Batu 10, Jalan Cheras, Kajang, Selangor, sebelum dihantar ke dermaga Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pada jam 9.30 pagi semalam menggunakan van milik syarikat berkenaan.
Sebanyak 170 plastik hitam mengandungi abu itu dipindahkan ke kapal KM Marlin milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum dibawa ke tengah laut kira-kira 8.2 batu nautika dari pangkalan TLDM.
Proses memindahkan abu al-Quran itu dilakukan dengan tertib apabila semua plastik seberat lapan kilogram setiap satu itu disusun teratur dengan bantuan anggota APMM.
Tugas membuang abu al-Quran itu seolah-olah dipermudahkan apabila laut yang mulanya agak berombak tiba-tiba menjadi tenang sebaik petugas terdiri dari pegawai Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) cawangan Perak, Pegawai Pejabat Mufti dan Majlis Agama Islam Perak memulakan proses membuang abu.
Harusssani yang memberi taklimat ringkas berhubung tugas itu kemudian menjatuhkan bongkah abu berkenaan satu persatu ke laut.
Tugas menjatuhkan bongkah abu Al-Quran itu kemudian dilakukan beramai-ramai dalam masa 10 minit.
Harussani yang juga Pengerusi Lembaga Teks dan Pelesenan al-Quran, berkata ulama sebelum ini bersependapat membuang abu al-Quran ke dalam laut adalah kaedah terbaik walaupun cara menanam di dalam tanah juga dibenarkan.
“Bagaimanapun kaedah menanam abu al-Quran di dalam tanah dibimbangi boleh tercemar jika ada aktiviti dilakukan di atas tanah berkenaan. Oleh itu, kaedah membuang abu al-Quran ke laut paling selamat dan akan diteruskan pada masa akan datang,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Syarikat Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, yang turut mengikuti proses membuang abu al-Quran itu memberitahu berkata, proses pembakaran dan mengumpul abu dimulakan sejak tiga bulan lalu.

Sunday, February 5, 2012

Wanita Pelik Makan Ayam Hidup Setiap Hari



Daging ayam sudah diletakkan sebagai salah satu makanan ruji dalam piramid makanan kesihatan kepada manusia.
Setiap hari, kita pasti akan menggunakan ayam sebagai menu utama dalam masakan kita tidak kira apa jenis lauk pauk yang dihidangkan.
Pun begitu, sukar untuk penulis bayangkan apabila seorang wanita pelik sanggup makan ayam hidup-hidup sebagai makanan hariannya tanpa disembelih dan dicabut bulunya terlebih dahulu!
Miskaulah, 38, berasal dari Dusun Janganasem, Sidoarjo, Indonesia menghidap penyakit misteri dan aneh iaitu ketagih untuk makan ayam hidup-hidup tanpa disembelih.


Malah, Miskaulah juga didakwa mampu memakan ayam hidup sebanyak lima ekor setiap hari!
Dia dikatakan perlu untuk memakan ayam hidup sebagai memenuhi nafsu gila dan peliknya itu.
Ini sememangnya benar-benar pelik memandangkan kita sebagai orang Islam, perlu menyembelih ayam terlebih dahulu dan membersihkan segala kekotoran yang ada sebelum dimasak.
Jangan pula kita mengamalkan ‘nafsu’ seperti ini.
Oleh: NAIMAH SHAARI

Friday, January 27, 2012

Asteroid Saiz Bas Hampir Jatuh Ke Bumi



WASHINGTON – Asteroid bersaiz sebuah bas hampir jatuh ke bumi hari ini di mana pakar bidang itu menyifatkan perkembangan terbabit tidak menimbulkan sebarang kebimbangan.
Pengarah bersekutu Pusat Planet Kecil yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Gareth Williams, berkata asteroid yang dinamakan 2012 BX34 itu berukuran pada diameter enam dan 19 meter. – AFP


Friday, January 13, 2012

Kanak Kanak Berusia 6 Tahun Hidup Berdikari Gara Gara Kematian Ibu Bapa Mangsa Hiv

Malang bagi Ah Long,seorang budak berusia 6 tahun di China setelah kematian ibu bapanya yang merupakan mangsa HIV. Ah long yang juga merupakan pembawa HIV terpaksa hidup berseorang kerana masyarakat mungkin takut untuk menjaganya.Malahan neneknya sendiri hanya menjenguknya sekali sekala.Aktiviti lain seperti memasak,membasuh semua dilakukan sendiri oleh budak 6 tahun ini.




Sekolah berdekatan juga tidak mahu menerima beliau sebagai pelajar.Satu satunya kawan dan teman hidupnya adalah seekor anjing bernama Lao Hei.Lagi mendukacitakan Jabatan kebajikan juga tidak mahu membela nasib mangsa.Duit perlindungan sebanyak 70 Yuan ataupon 10 dolar sangat tidak mencukupi untuk menyara kehidupannya.



Sejak media di China menyebarkan berita tentang budak ini,ada khabar angin mengatakan terdapat pasangan yang ingin mengambil budak ini sebagai anak angkat.tetapi apa yang kami tahu,sampai sekarang budak ini masih hidup berdikari.
-weirdasianews


Tuesday, January 10, 2012

FAKTA MENARIK MENGENAI KUCING


 Semua orang tahu apa itu kucing. Malah ramai juga di antara kita yang menjadikannya sebagai haiwan peliharaan. Karektor dan sifat kucing yang manja mennyebabkan ramai yang sukakan kucing, namun korang tahu tak tentang berberapa fakta menarik mengenai kucing? Berikut adalah fakta-fakta yang menarik mengenai kucing yang perlu korang tahu.

1. Kucing itu nokturnal – bermakna ia bersifat tidak berapa aktif pada waktu siang (mungkin banyak tidur) dan begitu aktif pada waktu malam.

2. Kucing boleh membezakan warna ungu, biru, hijau dan kuning.

3. Kucing itu karnivor – iaitu ia memakan daging sebagai sumber makanan utama.

4. Kucing punya bulu yang berfungsi mirip misainya di belakang kaki depan mereka.

5. Kucing punya 200 juta sel yang sensitif terhadap bau di hidungnya (40 kali lebih banyak dari manusia).

6. Coklat boleh menjadi racun bagi kucing (kerana memiliki theobromine).

7. Aspirin mematikan bagi kucing (hati kucing tidak mampu menghasilkan enzim untuk metabolisme aspirin).

8. Ada penyakit yang bernama jerawat kucing (feline acne).

9. Ada penyakit mirip AIDS pada kucing disebabkan oleh FIV (Feline Immunodeficiency Virus).


10. Kucing persia adalah salah satu kucing berbulu panjang yang paling tua dan popular.

11. Birman, kucing bermata biru ini dipercaya sebagai keturunan dari kucing kuil di Birma.

12. Kucing jenis Turkish Van amat menyukai air sampai digelar sebagai Turskish Swimming Cat. Beratnya boleh mencapai sehingga 9 kg.

13. Nada E pada oktav keempat boleh memaksa kucing muda membuang air besar dan kucing dewasa menjadi terangsang (Drs. Morin dan Bachrach).

14. Kucing boleh kembali lagi ke rumah meski dibuang beberapa kilometer dari rumah tanpa diberi kompas.

15. Kucing punya efek menenangkan (saat seseorang mengangkat kucing, tekanan darahnya turun dan denyut jantungnya menjadi stabil).

16. Kucing adalah pemburu yang oportunis (burung, tikus, serangga, kodok, manapun yang lebih mudah diburu).

17. Di zaman Mesir kuno, hukuman untuk membunuh kucing adalah hukuman mati.

18. Masih di zaman Mesir kuno, kalau ada kucing piaraan yang mati, seluruh keluarga itu akan mencukur alis mereka sebagai tanda berduka.

19. Kucing punya memori yang lebih baik dari anjing, monyet dan orangutan.

20. Kucing punya lebih dari seratus macam suara.

21. Ada juga kucing yang kidal.

22. Kucing boleh melompat tujuh kali tinggi tubuhnya.

23. Kucing boleh lari sampai hampir 50 km/jam.

24. Penglihatan kucing sekitar enam kali lebih baik dari manusia pada waktu malam kerana taperum lucidum, sel khusus yang menyerap cahaya.

25. Kucing hampir tidak mengiau kepada kucing yang lain kecuali waktu waktu khusus.

26. Kucing mandi (menjilati dirinya) setelah mengalami kejadian berbahaya untuk menenangkan diri.

27. Kucing tidak berpeluh.

28. Kucing boleh mendengar suara tinggi sehingga frekuensi 65 kHz.

29. Jantung kucing berdenyut dua kali lebih cepat dari manusia (110-140 denyutan per minit).

30. Suhu normal kucing adalah 38.6 darjah celcius.

31. Kucing jantan boleh mulai berketurunan setelah berumur antara 7-10 bulan, sementara kucing betina antara 5-9 bulan.

32. Julius Caesar dan Napoleon menderita ailurophobia (takut terhadap kucing).

33. Semua kucing lahir dengan mata biru.

34. Keluarga kucing adalah salah satu mamalia tertua.

35. Orang Mesir kuno percaya bahawa Bast adalah ibu dari semua kucing.

36. Kucing hitam pembawa sial adalah tahayul dari Amerika. Di Asia, kucing hitam sebaliknya dianggap pembawa keuntungan.

37. Kucing dengan pola bulu calico dan tortoise shell biasanya betina.

38. Kucing lebih senang kalau bermain dalam jumlah anggota genap.

39. Urine kucing bersinar dalam cahaya hitam.

40. Catnip disukai kucing kerana baunya mirip dengan bau betina dominan.

41. Kucing boleh mendermakan darahnya untuk kucing lain.

42. Golongan darah kucing kalau dipadankan dengan manusia adalah AB.

43. Kucing memiliki kelopak mata ketiga yang disebut haw (BahasaInggeris).

44. Kucing punya lapisan bulu sejati di bawah bulunya.

45. Kucing melangkah dengan kedua kaki kirinya dulu, baru kedua kaki kanannya.

46. Felix the Cat adalah karakter kucing kartun pertama yang dibuat menjadi belon parade.

47. Florence Nightingale memelihara lebih dari 60 ekor kucing selama hidupnya.

48. Pada tahun 1888, 300,000 mummy kucing dijumpai di Beni Hasan, Mesir, dijual $18.43/tan, dikirim ke England untuk digiling hancur dan dijadikan baja.

49. Berbanding dengan ukuran tubuh mereka, kucing mempunyai mata terbesar berbanding dengan setiap mamalia yang lain.

50. Henry I dari Sachsen memutuskan bahawa denda kerana membunuh kucing harus enam puluh gantang jagung.

51. Seekor kucing memiliki 230 tulang dalam tubuhnya manakala seorang manusia hanya memiliki 206 tulang.

52. Seekor kucing mempunyai empat baris kumis.

53. Seekor kucing boleh terburu-buru lari di sekitar tiga puluh satu batu per jam.

54. Seekor kucing hamil selama 58-65 hari.

Dan akhirnya yang menariknya ialah, kalau pecinta kucing berkahwin dengan pecinta kucing lainnya, mereka akan bahagia selamanya. (betul ke???)

Sunday, January 8, 2012

Kehilangan yg tanpa diduga....

Assalamualaikum korng semua...harini aku tk tau nk tulis ape..tibe2 aku teringt arwah abah...
mase dlu...aku asik dengr je orng kehilngn anggota keluarge yg mereka syg...
mesti mereka sedih sngt...
aku tk pernh rase ape yg diorng rase...sbb aku masih ade abah disisiku...
sehingga la suatu hari iaitu pada tarikh 27/9/2011 ia menjadi satu sejarah hitam bagi ku kerana abah telah pergi meninggl kn ku...buat selame-lamenye..
baru aku tau rase kahilangn orng yg tersayg...sedih sngt..kehilngn abah amat rk diduga..
abah meninggl akibat lukiemia....


ni gnbar arwah abh mase die sihat dlu..aku rindu ngn abah...rindu sngt..aku cube untuk tidk menangis bile bercerite tntng abah...pemergian abah amat memerit kn hati aku...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...