Followers

Wednesday, December 21, 2011

Kejam Punyer-Pembunuhan Ikan Dolphin

“salam bro..ni ak ada atch gmbar-gambr pembunuhan ikan dolphin..kjadian ni kat denmark..member ak ckp..bnda ni buat smpena perayaan budaya kampung tu..aku attach sume gambar dlm folder ni..check it out:D

Read mo
re:http://baikpunyer.com/kejam-punyer-pembunuhan-ikan-dolphin.html#ixzz1hIMJPuk8









Tuesday, December 20, 2011

Saya Akan Kekal Muslim Hingga Akhir Hayat – Ariff Alfian



KUALA LUMPUR – Arif Alfian Rosli, bekas pelajar Malaysia jurusan perubatan di Ireland enggan mengulas berita yang dia telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki warga asing.
Arif Alfian yang dihubungi media Ireland, IrishTimes.com, menegaskan bahawa dia masih lagi seorang penganut agama Islam, tidak memeluk mana-mana agama lain dan kekal sebagai seorang muslim sehingga ke akhir hanyatnya.
“Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,” katanya kepada media tersebut hari ini.
Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia sudah beberapa tahun tidak menghubungi ibubapanya di Malaysia ekoran satu perselisihan faham antara mereka, namun mengaku kerap menghubungi adik beradiknya yang lain.
“Saya ada sedikit salah faham dengan ayah saya pada tahun 2009…sehingga saya dilaporkan hilang, saya masih tidak berhubung dengannya, tapi saya sering berhubung dengan anggota keluarga yang lain,” katanya lagi.
Bapa Arif Alfian, Rosli Harun, 56, baru-baru ini memohon pertolongan dari akhbar Utusan Malaysia untuk mencari anaknya yang dikatakan ‘hilang’ setelah pencariannya menemui jalan buntu.
Memburukkan lagi keadaan, anaknya juga dikatakan telah berkahwin dengan seorang lelaki warga asing dan beberapa keping gambar serta video perkahwinan songsang itu turut tersebar di internet, termasuk salah satunya di lama web bigayweddingproject.com.
Majlis perkahwinan sejenis itu dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara dan Arif Alfian digambarkan memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.
Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.
Arif Alfian ketika dihubungi media Ireland turut menafikan dakwaan dirinya ‘hilang’ dan menegaskan dia kini telah bermigrasi di Ireland secara sah.
“Saya tak hilang. Pihak berkuasa Ireland tahu saya tinggal secara sah di negara ini (Ireland). Kedutaan Malaysia juga tahu dan sedar mengenai saya yang tinggal secara sah di sini,” katanya lagi.
Selain itu, Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia secara tidak sengaja menarik perhatian masyarakat umum dan tidak mahu mencetus kontroversi atau masalah, khususnya terhadap keluarganya di Malaysia.

Sunday, December 18, 2011

8 Apartmen Paling Unik Di Dunia

1.Apartmen yang terbuat dari bola ping pong.


2.Apartmen terkecil di dunia.


3.Apartmen roda hamster.


4.Apartmen rekaan sendiri.


5.Apartmen yang terbuat dari kertas.


6.Apartmen yang dihiasi dengan lukisan di besi.


7.Apartmen yang dihubungkan dengan tangga di luar.


8.Pawagam yang berubah menjadi apartmen.

8 Apartmen Paling Unik Di Dunia

                                                           1.Apartmen yang terbuat dari bola ping pong.


                                                                          2.Apartmen terkecil di dunia.


3.Apartmen roda hamster.


4.Apartmen rekaan sendiri.


5.Apartmen yang terbuat dari kertas.


6.Apartmen yang dihiasi dengan lukisan di besi.


                                                   7.Apartmen yang dihubungkan dengan tangga di luar.


8.Pawagam yang berubah menjadi apartmen.

Apabila Kilang Simen Diubahsuai Menjadi Kediaman Mewah



Berani duduk dalam bekas kilang simen yang satu masa pernah penuh dengan bahan kimia? Ricardo Bofill kata ya.

Arkitek genius dari Sepanyol ini berjaya menukar kilang simen yang sudah tidak beroperasi ini kepada studio peribadi beliau yang juga menjadi kediaman rasmi beliau hari ini.

Menurut sumber, arkitek yang berpengaruh ini banyak menghabiskan masa beliau di’sini berbanding tempat lain untuk menghasilkan idea dan hasil tangan yang awesome.

Lagi gambar kediaman mewah ‘bekas kilang simen’ Ricardo Bofill selepas ini. Awesome isnt’t it? Enjoice!

SUMBER: 
 






kan bagus ny...
di mana ada kemahuan..disitu ada jalan...
................................................................

Friday, December 16, 2011

Ariff Alfian Rosli, Pelajar Tajaan PETRONAS Kahwini Teman Lelaki Di Dublin



Ya, anda sampai juga ke laman eksperimen sosial kami — atau lebih di’kenali sebagai eksperimen kami lapar trafik. Ini kisah Ariff Alfian Rosliyang sedang mencipta nama di’Malaysia sejak beberapa jam yang lalu.
Satu kenyataan dan gambar yang di’hantar ke Twitter oleh Aysha Ridzuan telah mencetuskan kontroversi kerana mendedahkan seorang pelajar Malaysia tajaan PETRONAS yang telah berkahwin.
Berkahwin bukan masalah, tetapi Ariff Alfian Rosli telah pun berkahwin dengan seorang lelaki yang di’khabarkan bernama Jonathan di Dublin, Ireland.
Ariff Alfian Rosli yang sedang belajar di University College Dublin sebelum ini telah di’khabarkan hilang oleh ahli keluarga. Hilang dalam dunia gay. #LOL



ape la nk jadi ngn zaman sekarng ny..yg pandai lagi teruk akhlak nye dari yg kurang cerdik...

Terkejut Rakam Wajah Misteri



LANGGAR – Seorang pelanggan sebuah gerai minum di pekan Langgar secara tidak sengaja merakam gambar satu kepulan asap yang menyerupai wajah manusia beberapa hari lalu sewaktu bersantai di kedai berkenaan.
Usahawan, Zul Azri Abdul Khalil, 34, berkata, sewaktu kejadian kira-kira jam 5 petang, dia hanya mahu menguji kamera telefon bimbitnya sahaja dan mengambil gambar beberapa kali.
Menurutnya, selepas beberapa ketika dia meneliti kembali gambar yang diambil dan terkejut apabila mendapati terdapat satu kepulan asap seolah-olah menyerupai wajah manusia.
“Terdapat seolah-olah kepulan asap yang menyerupai wajah manusia semasa gambar diambil.
“Selepas itu, saya menunjukkan kepada beberapa kawan yang lain dan ternyata mereka juga turut terkejut,” katanya.
Pengalaman pertama kali merakam gambar aneh sedemikian ternyata turut menarik perhatian pelanggan-pelanggan yang berada di kedai berkenaan.
Zul Azri berkata, dia tidak menyangka bahawa dengan hanya mengambil beberapa gambar menggunakan telefon bimbitnya, dia dapat merakam gambar aneh.
Seorang lagi pelanggan kedai minum itu, Yusof Hat, 40, mengakui masih belum pernah melihat benda aneh yang dirakam secara tiba-tiba.
Menurutnya, bagaimanapun perkara demikian tidak perlu diambil serius kerana langsung tidak memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat di kawasan sekitar.
“Serius saya katakan memang tidak pernah melihat kejadian seumpama ini, sedangkan gambar berkenaan pula dirakamkan pada waktu siang,” katanya.(www.sinarharian.com.my)
  • written by MyNewsHub

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...